Ads

Sunday, September 5, 2010

Aku Dan Masa Lalu

















ini kisah pasal aku
tentang kisah masa lalu
tiada yang best untuk diambil tahu
sekadar menulis penuhkan waktu

aku dilahirkan pada 1979
disebuah kampung di negeri kelantan
kampung teratai daerah tawang
kampung yang penuh dengan hutan

zaman kanak-kanak memang gembira
tiada masalah datang melanda
hanya tahu bermain-main saja
walaupun mak ayah tidak berharta

kampung aku masa tu masih mundur
jalan tar masih belum disadur
kenderaan tak banyak yang ada hanya motor
time hujan jalan berlumpur

lampu ayam menerangi malam
letrik masih belum dibekalkan
kadang-kadang hanya diterangi bulan
lektik ada beberapa tahun kemudian

time bah memang seronok
air naik ikan pun banyak
kadang-kadang bermain dalam semak
maklumlah masa tu hutan berselerak

masa kecil aku orang susah
apatah lagi tiba masa bersekolah
namun ayah tak pernah berkeluh kesah
terus cari rezeki walupun lelah

aku gi sekolah berjalan kaki
bersama abang setiap pagi
nak beli basikal tak mampu lagi
terpaksalah kami jalan kaki

sekolah pula bukanlah dekat
3 4 kilometer berjalan agak penat
kadang-kadang angsa datang menyakat
lari lintang pukang kami bila dihambat

lagi sedih bilanya hujan
nak ke sekolah terpaksa teruskan
jalan jadi licin susah nak berjalan
sampai sekolah dah tak nampak macam orang

aku masih ingat disekolah rendah
hari-hari aku kena marah
pakai seluar bukan uniform sekolah
nak beli seluar pun agak susah

UPSR result cukup cukup makan
dapat 2A2B bolehla tahan
sambung ke sekolah menengah selepas berkhatan
teruskan rutin seharian dengan berjalan

bila sekolah menengah hidup makin senang
walaupun ke sekolah masih berjalan
kadang-kadang aku tumpang kawan
pergi pagi aku balik petang

Friday, September 3, 2010

Aku Dan Negara Makmur



sungguh beruntung rakyat malaysia
hidup senang tiada bencana
negara makmur rakyatnya sejahtera
nikmat melimpah tiada hentinya

kerja berlambak di mana-mana
tinggal rajin dan malas saja
kalau rajin insya'allah berjaya
kalau malas tak tahu nak kata apa

negara orang susah hidup mereka
ada kebuluran perang dan bencana
krisis ekonomi juga selalu melanda
hidup susah senangnya tak lama

berpanas hujan menyara hidup
hidup umpama dihujung tanduk
meredah payah pastinya sanggup
demi sebuah kehidupan esok

ada yang hidup dihujan peluru
siang dan malam terus diburu
ada yang kelaparan dahaga dan lesu
makanan tiada yang ada hanyalah batu

aku yang sayu..

Friday, August 27, 2010

Aku Dan 53 Merdeka













Lima puluh tahun sudah merdeka
Inilah angka yang sangat berharga
Marilah bersama kita menjaga
Agar kita tidak dijajah semula

Pertahankan negara hayati merdeka
Utuhkan diri kuatkan negara
Lindungi diri dari dikuasa
Ugutan, propaganda sentiasa ada
Hasutan datang pelbagai cara

Tanamkan rasa cintakan negara
Ikatan 1Malaysia terus dijiwa
Gagasan 1Malaysia sama dijaga
Agar Malaysia terus sejahtera

Tiada lebih bernilai dari merdeka
Angaplah ia satu kurnia
Hentikan perbalahan antara sesama
Ukhwah ummah hendaklah dijaga
Nikmat ini sama dirasa

MERDEKA JIWA MERDEKA RAGA!!!

Related Posts with Thumbnails