Ads

Saturday, August 14, 2010

Aku - Mahu Jadi














mahu jadi polis
muka kena bengis

mahu jadi askar
aku ni tak cukup besar

mahu jadi bomba
no fear fire

mahu jadi pilot
tinggi sangat aku takut

mahu jadi guru
aku ni pemalu

mahu jadi petani
menanam aku tak reti

mahu jadi nelayan
mabuk laut aku tak tahan

mahu jadi penyanyi
katak dengar pun lari

mahu jadi pelakon
aku keras macam tokong

mahu jadi pemain bola
lutut pun dah longar

mahu jadi pelumba F1
aku ni bukanlah anak jutawan

mahu jadi kartunis
aku tak reti melukis
nak lukis kobis
pun jadi buah manggis

mahu jadi penulis
aku tak cukup kreatif

baik aku menjadi aku
buat apa yang aku mampu
tapi aku tak reti mengampu

aku yang tiada arah
akhirnya aku pasrah

baik aku layan facebook
tak payah nak menyibuk

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails