Ads

Friday, August 27, 2010

Aku Dan 53 Merdeka













Lima puluh tahun sudah merdeka
Inilah angka yang sangat berharga
Marilah bersama kita menjaga
Agar kita tidak dijajah semula

Pertahankan negara hayati merdeka
Utuhkan diri kuatkan negara
Lindungi diri dari dikuasa
Ugutan, propaganda sentiasa ada
Hasutan datang pelbagai cara

Tanamkan rasa cintakan negara
Ikatan 1Malaysia terus dijiwa
Gagasan 1Malaysia sama dijaga
Agar Malaysia terus sejahtera

Tiada lebih bernilai dari merdeka
Angaplah ia satu kurnia
Hentikan perbalahan antara sesama
Ukhwah ummah hendaklah dijaga
Nikmat ini sama dirasa

MERDEKA JIWA MERDEKA RAGA!!!

Wednesday, August 25, 2010

Aku Dan Balik Kampung




hari raya menjelang tiba
aura raya mula terasa
ramai sudah mula berkira-kira
balik ke kampung untuk beraya

tiba raya banyaklah berita
tentang cerita kemalangan jiwa
semoga tahun ni selamat semua
dapat beraya dengan gembira

kepada semua berhatilah selalu
jika memandu jangan terburu
jika mengantuk berhenti dulu
jangan memandu secara melulu

jika memandu jangan nak cepat
biar perlahan asalkan selamat
memotong barisan memang tak berhemat
orang lain sakit hati kita tak beradab

ingatlah orang yang tersayang
ayah bonda adik abang
semuanya menunggu kita pulang
dengan senyuman dan hati riang

Tuesday, August 24, 2010

Aku Dan Blog Sempoi

CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB


sebagai blogger yang baru lagi
blog bicara sempoi aku sertai
supaya blog aku lebih dikenali
tidaklah ia sesepi air dikali

kepada yang masih belum join lagi
jomlah sama-sama kita ke sini
ramai yang sudah join sekaki
blog mereka pun bertambah berseri..

Sunday, August 22, 2010

Aku Dan Makanan

















Malaysia kaya dengan makanan
ada bermacam rasa bermacam ragam
ada pahit manis tawar atau masam
pendek kata tak menang tangan..

Apatah lagi dibulan ramadhan
orang menjual sepanjang jalan
pelbagai kuih dan juga hidangan
pilih saja yang mana berkenan

bila dah banyak sangat pilihan
mata mula kelabu dan jadi rambang
mulala beli ikut terlintas difikiran
penuh tangan kiri guna tangan kanan

pulan buasa dah tak ada syaitan
yang tinggal nafsu saja nak lawan
harap-harap kita yang menang
jomlah kita pergi sembahyang..hehe

Wednesday, August 18, 2010

Aku Dan Cari Duit Di Internet

















internet ada baik dan buruk
kanan terpuji kiri terkutuk
jangan yang salah kita berpaut
yang baik-baik je kita ikut.

internet memang boleh buat duit
asal pandai guna dan ada teknik
belajar dari pakar itu yang terbaik
internet memang benda menarik

ada ebay, google adsense dan macam-macam
ada cara halal ada juga cara haram
pandai-pandailah korang cari jalan
kerana semua dah belajar hukum hakam.. 

Monday, August 16, 2010

Aku Dan Rokok




perokok tegar dimana saja
ada yang tua ada yang muda
ada juga remaja kita
yang tak cukup umur pun apa kurangnya

rokok ni tak ada satu pun khasiat
badan tak sihat banyak yang mudarat
gigi putih-putih pun jadi berkarat
tubuh yang sihat dah jadi tak kuat

rokok ni membahayakan kesihatan
di kotak dia pun dah tulis terang-terang
yang pegi hisap lagi tu apa baran
dah tak sayang nyawa kah korang?

hisap rokok ni satu je kelebihan dia
ramai orang jadi tak tua
maklumlah muda-muda lagi dah ke 'sana'
mana sempat lagi nak rasa tua..

Aku Dan Dunia Kita















dalam dunia macam-macam
ada macam-macam peel orang
ada yang baik ada yang garang
ada yang ganas ada yang penyayang
ada juga sebalik mee ada udang

sekarang ini sudah jadi penyakit
bayi-bayi kecil dibuang ke dalam parit
longkang dan tempat sampah pun terbabit
aduhai apala nasib..

remaja kita pun dah makin liar
lepak-lepak tunggang motor bersiar-siar
makin lama makin kurang ajar
ntahla dunia sekarang masing-masing bayar

apakah nasib 10 tahun akan datang
kalau semua pakat pingirkan alquran
ajaran islam letak di belakang
yang penting ialah wang dan kebebasan

sama-salah kita pakat berdoa
agar malaysia jauh dari bala
masing-masing pakat tegur mana yang tak kena
bantulah kita sesama kita..

Saturday, August 14, 2010

Aku Dan Seloka Puasa














Sudah masuk bulan puasa
menahan diri lapar dahaga
dan juga nafsu-nafsu kita
agar jadi insan sempurna

ada juga yang dah berkira-kira
nak balik kampung awak ke kampung saya
tak kiralah balik kg mana-mana
jangan gaduh-gaduh sudaa..

eh..mana boleh oii cik abang
tahun lepas kampung awak dah kan
tahun ni tak kira balik kg ayang
abang tak bagi ayang TERAJANG!
Perghhhh garang!

puasa mulut mata telinga
bukan setakat perut saja
semuanya hendaklah kita jaga
agar puasa kita diterima

kepada kaum aweks2 di luar sana
bila keluar rumah pasti bergaya
tapi janganlah pakai pakaian adik ya
kesian kaum-kaum lelaki nak jaga puasa
bantulah mereka berpuasa seadanya..

masuknya ramadhan janganlah lupa
sembahyang terawikh banyakkan pahala
zakat fitrah pun wajib juga
jangan buat-buat lupa pula..

Aku - Mahu Jadi














mahu jadi polis
muka kena bengis

mahu jadi askar
aku ni tak cukup besar

mahu jadi bomba
no fear fire

mahu jadi pilot
tinggi sangat aku takut

mahu jadi guru
aku ni pemalu

mahu jadi petani
menanam aku tak reti

mahu jadi nelayan
mabuk laut aku tak tahan

mahu jadi penyanyi
katak dengar pun lari

mahu jadi pelakon
aku keras macam tokong

mahu jadi pemain bola
lutut pun dah longar

mahu jadi pelumba F1
aku ni bukanlah anak jutawan

mahu jadi kartunis
aku tak reti melukis
nak lukis kobis
pun jadi buah manggis

mahu jadi penulis
aku tak cukup kreatif

baik aku menjadi aku
buat apa yang aku mampu
tapi aku tak reti mengampu

aku yang tiada arah
akhirnya aku pasrah

baik aku layan facebook
tak payah nak menyibuk
Related Posts with Thumbnails