Ads

Sunday, September 5, 2010

Aku Dan Masa Lalu

















ini kisah pasal aku
tentang kisah masa lalu
tiada yang best untuk diambil tahu
sekadar menulis penuhkan waktu

aku dilahirkan pada 1979
disebuah kampung di negeri kelantan
kampung teratai daerah tawang
kampung yang penuh dengan hutan

zaman kanak-kanak memang gembira
tiada masalah datang melanda
hanya tahu bermain-main saja
walaupun mak ayah tidak berharta

kampung aku masa tu masih mundur
jalan tar masih belum disadur
kenderaan tak banyak yang ada hanya motor
time hujan jalan berlumpur

lampu ayam menerangi malam
letrik masih belum dibekalkan
kadang-kadang hanya diterangi bulan
lektik ada beberapa tahun kemudian

time bah memang seronok
air naik ikan pun banyak
kadang-kadang bermain dalam semak
maklumlah masa tu hutan berselerak

masa kecil aku orang susah
apatah lagi tiba masa bersekolah
namun ayah tak pernah berkeluh kesah
terus cari rezeki walupun lelah

aku gi sekolah berjalan kaki
bersama abang setiap pagi
nak beli basikal tak mampu lagi
terpaksalah kami jalan kaki

sekolah pula bukanlah dekat
3 4 kilometer berjalan agak penat
kadang-kadang angsa datang menyakat
lari lintang pukang kami bila dihambat

lagi sedih bilanya hujan
nak ke sekolah terpaksa teruskan
jalan jadi licin susah nak berjalan
sampai sekolah dah tak nampak macam orang

aku masih ingat disekolah rendah
hari-hari aku kena marah
pakai seluar bukan uniform sekolah
nak beli seluar pun agak susah

UPSR result cukup cukup makan
dapat 2A2B bolehla tahan
sambung ke sekolah menengah selepas berkhatan
teruskan rutin seharian dengan berjalan

bila sekolah menengah hidup makin senang
walaupun ke sekolah masih berjalan
kadang-kadang aku tumpang kawan
pergi pagi aku balik petang



sekolah menegah masuk sekolah arab
belajar jawi tak belajar mengorat
apatah lagi SPM dah dekat
aku perlu study kuat-kuat

dirumah belajar mengadap dinding
bilik tak ada, belajar ikut landing
belajar malam diterangi lampu lilin
aku juga tak pernah ke kelas tuisyen

di sekolah aku agak terkenal
bukan kerana pandai tapi kerana nakal
selalu sangat lompat pagar
tapi belajar aku tak abai

tamat SPM keputusan dah keluar
nak gi amik result rasa gementar
alhamdulillah akhirnya berbayar
jadi yang terbaik antara pelajar

dapatlah aku masuk U
U kat KL grad tahun 2000
sungguh cepat masa berlalu
pejam celik tamat juga aku

sekarang aku sudah rasa lega
hidup senang walau tak kaya
mak ayah masih lagi ada
syukur pada Yang Maha Esa

cerita aku tamatlah sudah
harap korang tak rasa menyampah
minta maaf jika tersalah
lagipun raya menjelang sudah

aku rock sebenarnya..

9 comments:

  1. nk duit raya pkcik roooooock...!!

    ReplyDelete
  2. peh...klu umah kt klntn, rela laa plak dtg semata nk duit raya.. =p..

    ReplyDelete
  3. apa salahnya..stkt rm10 tu blh jer sy bg

    ReplyDelete
  4. rock ke ? hehehe! =D
    oooo ore klate upenyeee~
    leh geng! heee~

    ReplyDelete
  5. rock2 puisinya..hehehe..ooo ore kelantan upenyer..sama2..huhuhu

    ReplyDelete
  6. sama ke farah..boleh la jln2 umah farah nanti, jupe mak ayah..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails